Friday, April 22, 2011

InsyaALLAH sebagai Alasan?

Perkataan Insyallah menjadi sebutan dikalangan Orang Melayu sebagai bahasa meyedapkan hati orang yang menjemput datang rumah samada menghadiri kenduri, atau menghadiri jemputan.Orang yang mengucapkan insyaALLAh tidak berniat pun nak menunaikan jemputan.

Perkataan Insyaallah adalah jika ditakdirkan tuhan dan mesti didahulu niat dan diikuti dengan usaha memenuhi jemputan. Jika tidak ada niat atau tidak boleh memenuhi jemputan kerana ada urusan lain berterus terang mengatakan tidak dapat menghadiri jemputan.

Insyaallah merupakan janji antara orang yang mengucapkan dengan orang yang menjemput dengan di saksikan ALLAH. BIla  mengucap insyaalah berserta dengan niat memenuhi jemputan atau tanpa niat memenuhi jemputan, ALLAH akan mengtakdirkan ada masa atau ruang untuk memenuhi jemputan dan pada masa itu tidak ada hal perkara yang menyebabkan kita tak boleh memenuhi jemputan, tapi jika tak memenuhi jemputan kerana malas atau sebab yang remeh menjadikan orang yang mungkir janji dengan orang yang menjemput dan mungkir janji dengan ALLAH.

Jika ini berlarutan dan menjadi perangai buruk dan ALLAH tidak akan metaddirkan perkara yang dihajati walau pun pengucap insyaaalah kerana memungkiri janji dengan ALLAH dan manusia.

Anngaplah perkataan yang diucapkan Insyaallah merupkan satu Amanah dan Janji antara diri  sendiri, orang yang meminta atau mengajak dan ALLAH,

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)

Amalkan ucapan insyaallah pada tempatnya.

No comments: