Thursday, April 21, 2011

Meyebut perkataan MAsyaallah tak kena pada tempat.

Meyebut perkataan MAsyaallah tak kena pada tempat.

  Makna MaSyaallah  dalam kamus dewan apa-apa yg dikehendaki Allah. 2 kata yg diucapkan utk menyatakan rasa hairan dll.

Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendaknya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu", dengan kata telah yang menekankan tentang doktrin Islam yang rukun iman pada takdir. Digunakan sebagai ungkapan kegembiraan disertai doa. (Wikipedia Bahasa Melayu)

Pengunaan ayat atau perkataan yang tidak kena pada tempat kerana dipengaruhi oleh budaya dan amalan emak atau datuk nenek dahulu. Perkatan masyaallah  menjadi ikutan sehingga masyarakat hari ini kepada perkara yang tidak suka ditengok atau perkara yang bertentangan dengan kehendak  sendiri, masyarakat atau norma islam .  Amalan dialog  ini dimasukkan dalam cerita Telivision, astro dan  drama radio. tidak kurang juga di dalam cerpen atau novel. .

J ika  melihat atau mendengar  anak  atau orang lain membuat sesuatu yang tidak disukai atau bertentangan dengan ugama dengan sepontan mengucap masyaalah dan dikuti dengan perkataan buruk.

Dari ayat Alquran di bawah perkataan mayaalah bermaksud ALLAH suka atau Apa yang Allah kehendaki
ا شاء الله
Sebagaimana firman Allah swt :-


وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39]



Sebagai contoh, 
Perbualan ini ada kita dengar
A berkata, " kamu nak tahu semalam saya pergi ke kampung dan singgah rumah jiran,miskin betul makan hanya nasi berlaukan pucuk ubi je, tak ada lauk lain dan pakaian lusuh dan koyar rabak.
si B menyampuk, " MasyaLLAH  sedihnya".


Bila dengar anak jiran mencuri dengan spontan menyebut, "MasyaALAH, jahatnya dia, begitu sekali.".  Jika ditafsirkan menjadi, "ALLAH kehendaki, jahatnya dia begitu sekali". Maka dengan menyebut perkatan ini maka anak jiran menjadikan pencuri kerana kita berdoa dengan menyebut nama Allah anak jiran menjadi pencuri.

Begitu juga bila ibubapa memarah anak, Menyebut "Masyaallah; (sebut nama anak) tak dengar  apa yang emak cakap".  Maka ALLAH perkenankan doa ibu menjadi anak itu tak terima nasihat.
"Masyaallah Degilnya kamu ni" , Maka dengan mengucap perkataan ini menjadi makbul dan berperangai degil.


 Sebutan Masha Allah digunakan bila melihat kecantikan,menerima pujian atau anak dipuji sasaorang.


Perkataan patut kita lafaz ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok  ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)."

"Innalillah ,Jahatnya dia, begitu sekali." atau Astagfirrullahhalazim" Jahatnya dia, begitu sekali.". Maka kita berdoa kejahatanya kembali kepada ALLAH moga ALLAH mengubah jadi baik/

 "Innalillah   (sebut nama anak) tak dengar apa yang emak cakap" atau Astagfirrullahhalazim"   (sebut nama anak) tak dengar apa yang emak cakap". Maka kita berdoa  dan berserah pada ALLAH agar ia berubah menjadi insan yang mendengar Nasihat.

"Innalillah.   Degilnya kamu ni" ,

No comments: