Friday, September 01, 2023

Kerugian melayu anti bahasa lain

Pelajaran antara mereka bolih diajar dalam bahasa cina atau india dalam sekolah jenis kebangsaan. Kita tak bolih taksub bahasa hingga menghapuskan bahasa lain. Itu tidak adil.allah mencipta berbagai bangsa dan bahasa,kenapa kita nak hapuskan.tidak ada dalil menghapuskan bahasa setiap bangsa.

Setiap bangsa ada keunikan budaya dan bahasanya

Dulu ada diujudkan sekolah wawasan dicadangkan melalui percampuan semua jenis sekolah kebangsaan dalam satu sekolah wawasan. Tapi silapnya bangsa kita menolak peluang itu dan membangkitkan isu isu perkauman. Jika ada sekolah wawasan kelebihan anak melayu berpengetahuan bahasa melayu,inggeris,cina dan india dan peluang pekerjaan didalam dan diluar negara terbuka luas. Syarikat besar glc akan mengutamakan kakitangan yang mahir 3 bahasa. 

Sebagai contoh 

1.Staff melayu mahir bahasa cina dan india akan ditempatkan di customer services untuk membuat urusan dgn pelanggan cina dan india yang dah tua tidak tahu bahasa melayu sebab tak pernah sekolah. Tokey cina mana pernah masuk sekolah. Sekarang ni jawatan customer service ramai cina dan india dari melayu kelebihan ia fasih 3 bahasa. Iaitu bahasa sendiri, melayu dan inggeris, mereka mungkin dapat gaji lebih sebab fasih 3 bahasa.

2. Senang berurusan bila pergi perniagaan di negara Cina dan India atau pelabur cina dan india datang melabur di Malaysia.

3. Mencari pekerjaan di luar negara. Contoh anak jiran saya melayu yang belajar diskjk cina dapat peluang belajar degree di negara Cina ditaja oleh syarikat GLC , syarikat melayu dan sekarang bekerja di sana dgn gaji permulaan lebih rm10k.

4. Berniaga sendiri ramai pelanggan bangsa cina dan india sebab mereka hormat melayu fasih dalam bahasa mereka.


Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujuraat 49:13) |

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


(Al-Maaidah 5:8)

No comments: