Tuesday, September 12, 2023

Kasih sayang pada anak anak berat sebelah

 Ada yang perangai ibu bapa, memilih bulu, ada anak yang ia terlalu sayang  dan ada anak yang ia benci. Secara amnya ada yang berjaya dia sayang. Anak yang tidak berjaya ia benci malahan buat fitnah dan tuduhan tanpa usul periksa.

 Mereka takut tak bertempat,terlalu takut nasihat anak yang ia sayang, minta duit anak sebab takut kecil hati dan bermasam muka dgn ibu bapa malahan boikot ibu bapa spt tak balik kampung. Alasannya ia dah besar , tak kan tak bolih fikir, ada yang perangai anak mengunakan peluang menindas ibu bapa bila ibu bapa terlalu sayangkanya dari adik beradik lain.Bila anak lain inform ibu bapa nak nasihat anak perangai ni. Ibu bapa melarang alasan tak mahu cari gaduh. Dalam surah al asr bersumpah dgn masa menerangkan tidak bolih tangguh beri nasihat menyebabkan bertambahnya kerugian dan kerosakan jika lambat bertindak. 

Anak yang ia benci dijadikan hambanya,kulinya dan mengarahnya buat bermacam macam. Sumpah seranah dah jadi lumrah mulutnya. Bukan setakat itu saja, ia jadi bahan umpatan,cacian dan mewar warkan pada orang lain. Segala kebaikan anak yang ia benci tidak dihargai malahan dispin sebagai berniat jahat spt nak harta. Selalunya anak yang ia benci sejak kecil yang menjaganya semasa tua dan anak yang ia sayang akan membiarkanya. 

Anak tak berani menasihat ibu bapa, takut dicop anak derhaka. Anak derhaka juga tidak menasihat ibu bapa kearah kebaikan. Surah alasr ALLAH mengingatkan bersumpah demi masa supaya cepat menasihatkan kerana jika lambat menjadi bertambah teruk dan banyak masalah akan timbul.Bolih juga dikatakan anak derhaka membiarkan ibu dalam perangai macam itu tanpa menasihatinya. Dah jadi lumrah dalam drama tv diajar bahawa menasihati ibu sebagai anak derhaka. 

 Kesannya dalam pembahagian harta. Anak kesayangan dapat lebih sementara anak yang ia suka dapat sikit atau tak dapat terus. Kesannya bergaduh adik beradik hingga keanak cucu. 

Surah asr ,allah bersumpah demi masa maknanya kerosakan, keburukan dan masalah bertambah jika lambat memberi nasihat. Selalunya ada jenis orang tua yang menjadi anak perempuan sebagai hamba dan menjadi anak lelaki sebagai tuan. Alasannya bila ia meninggal dunia tidak ada anak yang mengusung jenazahnya. Ini yang pelik,fikirannya tersimpan lama walaupun untuk kematiannya.  Ini menyebabkan anak lelaki,malas,degil,besar kepala  dan melawan.  Emaknya akan mempertahankan anak lelakinya walaupun jelas anaknya salah bila berlaku pergaduhan. 

No comments: