Wednesday, September 27, 2023

Parasit dalam keluarga

A. Ambil kesempatan

 Dalam keluarga ipar ,mertua,menantu, ada yang ambil kesempatan.walaupun macam mana buat baik pun ia tidak menghargai malahan ia akan pergunakan sebab ia anggap orang luar.  Perangai malas timbul bila ada yang ringan tulang yang sanggup buat. Elok lah dah ada orang buat dan mereka buat tak tahu malahan tidak menolongnya.

Begitu juga dgn adik beradik,ibu bapa,saudara mara mengambil kesempatan diatas kelemahan dan bersikap tolak ansur.Jika tidak buat baik atau tidak ikut kehendaknya .ia akan memusuhi dengan umpat,fitnah dan membuat andaian melalut. Ini lah perasit dalam keluarganya. Selalunya perasit ini menjadi dominan dan berani dan muka tak malu mengatakan ia betul walaupun ia salah.perasan dengki.irihati dendam dah sebati dalam dirinya. Jika tegur dan nasihat pun tak guna,malahan dispin dan difinah dikatakan jahat.

Selalunya dgn orang luar  cukup baik dan berakhlak, pijak semut pun tak mati, tapi bila dgn adik beradik,ipar pijak gajah pun penyek. 

Ibubapa kena peka dan perhatian anak anaknya dari mula. Bolih kenal siapa yang mungkin jadi perangai perasit.

1. Nampak menunjukan baik dengan memburukan adik beradik

2. Terasa irihati bila  adik beradiknya dipuji didepannya

3. Suka dan sokong dgn mereka reka cerita mengarut untuk memburukan adik beradiknya.

4. Bila dengar cerita keburukan adik beradiknya. Buat pengesahan samaada cerita itu betul melalui adik beradik lain atau bersemuka dgn orang yang buat cerita dan orang yang jadi mangsa. 

5. Ibu bapa kena pandai menilai perangai anak anaknya.

6. Bolih pujian keatas anak anak yang berjaya membuat sesuatu yang baik.tapi kena adil tidak memilih atau berat sebelah.

7.  Buat hukuman dan peraturan sama semua adik beradik kecuali kes terpencil. 

Contoh bila ikut pergi mall. Hanya satu barang makanan je, larang jika ada yang ambil lebih atau ambil mainan walaupun adik yang bongsu buat.

8. Buat test senario kes ia dituduh  dan selidik . Contoh adik beradik tuduh ia mencuri. Sepahkan duit dan tengok, jika ia ambil jangan terus bertindak tapi tunggu 1 atau 2 hari. Mungkin ambil duit untuk ia simpan.

B. Adik beradik buat perangai

Jika ada seorang adik beradik buat perangai tidak mahu kerjasama,maka menambahkan masalah dalam keluarga samaada tamak harta dengki atau tidak puas hati. Padanya jika aku tak dapat,semua tak dapat.

Contoh pemberian harta pusaka. Pembahagian tanah Semuanya dah dapat dulu  sebelum ibu bapa meninggal. Bahagiannya dah jual. Maka ia tuntut juga bahagian adik beradik lain untuk beri padanya.

Bertambah susah bila nama dalam grant masih nama ibu bapa dan anak anak tidak sepakat menukar pada satu nama untuk urusan penjualan harta. Urusan tukar nama dipejabat tanah tidak selesai selagi tiada yang sepakat atau tidak hadir diwaktu membuat persetujuan.

Maka susahlah nak bahagikan. Maka terpaksa ikut faraid. Persoalannya satu tanah  rumah terpaksa dibahagikan dengan semua adik beradik.

Jika harga pasaran rumah 600k maka ikut 4  adik beradik 2 lelaki 2 perempuan. Maka

Pembahagian (2×2+1+1) = 6

Iaitu setiap adik lelaki dapat 2/6 =1/3 dan perempuan dapat 1/6

Maka pembahagian ikut harga rumah  rm600k

2 Lelaki 600k/3 =setiap orang  200k dan 200k

2 perempuan setiap orang 100k dan 100k

Mahu ke seorang  adik lelaki membeli dgn harga 600k-200k iaitu rm400k

Atau adik perempuan membeli harga 600k-100k iaitu rm500k.

Cara senang ialah jual pada orang lain dan harta tanah pusaka dapat pada orang luar,atau bangsa asing sebab lebih untung,baru puas hati dan padan muka. Maka tidak mustahil tanah pusaka tergadai ke bangsa asing.

Realitinya bukan tunjuk baik. Perangai bangsa melayu yang dengki sesama sendiri sama ada beradik. Sanggup jual tanah waris ibu bapa pada bangsa lain.

1. Sebab harga tinggi. Kata perjuangkan melayu. Jika perjuangkan melayu jual je pada harga rendah demi melayu. Anggaplah amal jariah. Dapat pun free dari ibubapa.

2. Perangai dengki adik beradik. Berpegang "jika aku tak dapat semua tak dapat".




No comments: